Wednesday, September 24, 2008

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kami, Pihak Pengurusan Sekolah mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua guru dan staf sokongan. Hari Raya Hari Bahagia, Bermaaf-maafan kita semua, semoga ceria di Hari Raya.










Tuesday, September 23, 2008

PEPERIKSAAN TAMBAH NILAI PMR

Peperiksaan tambah nilai bagi para pelajar tingkatan 3 bermula pada 22 - 25 September 2008. Pihak sekolah berusaha mengadakan peperiksaan untuk semua mata pelajaran. Soalan sains dan matematik menggunakan soalan yang dibekalkan oleh JPNT. Peperiksaan ini merupakan salah satu usaha untuk menyediakan pelajar supaya para pelajar betul-betul bersedia sebelum menempuh peperiksaan sebenar.

Program Gerak Gempur Nilam Daerah Kuala Terengganu




Seramai 24 Pelajar Brains telah menyertai Program Gerak Gempur Nilam Peringkat Daerah Kuala Terengganu. Pelajar-pelajar yang terlibat dalam program ini telah mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti bercerita, membuat ulasan buku serta program pertukaran buku. Adalah diharapkan dengan terlaksananya program ini NILAM Brains akan melangkah lebih bergaya lagi. ( Lagi gambar di BRAINS NO HON NO TOMO )

Sunday, September 21, 2008

E Mail Group

Email Group (groups mail )ialah satu perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat yang berkaitan internet/komputer seperti yahoo, linux, google dan lain-lain. E mail group boleh dibina sendiri jika kita mempunyai tapak web sendiri seperti aaaa@moe.edu.my dan lain-lain. E Mail group ini dapat membantu kita berkomunikasi dan menjalankan pengurusan organisasi dengan lebih cekap. Contoh-contoh aktiviti yang sesuai dengan E mail group ini ialah :
1. Menyebarkan minit mesyuarat sebaik sahaja mesyuarat itu selesai.
2. Menyampaikan memo dalaman, terutama apabila pengurus atau orang yang mempunyai autoriti tidak berada di stesen. (out station)
3. Mengagihkan borang-borang dan menerima semula.
4. Menghantar kertas cadangan.
5. mengagihkan jadual ganti dan lain-lain.
Satu keistimewaan e mail group ini ialah ia hanya boleh di aksess oleh ahli sahaja.

Contoh dan cara menggunakan yahoo group
1. Mebina Group
Kita boleh membina beberapa group dengan menggunakan e mail kita sendiri. Mula-mula sekali bina satu mail yahoo jika belum ada. jika sudah ada sign in dan klick create groups.

2. Menyertai Group
terdapat dua cara bagaimana kita boleh menyertai group yang dibina tadi. Pertama admin (moderator) boleh menjemput mengunakan e mail orang-orang yang akan menyertai group kita. Kedua nya orang yang berminat boleh memohon untuk menyertai group kita.
Moderator akan dimaklumkan melalui mailnya sekiranya ada individu yang ingin menyertai group kita. Moderator sekali lagi mengesahkan samada permohonan boleh diterima atau di tolak.

3. Membuka Mail Group
Sebaik sahaja kita membuka mail kita , secara automatik kita telah membuka mail group. klik group di sebelah kiri dari perkhidmatan yang disediakan. Group atau groups (jika kita mempunyai lebih dari satu ) akan muncul.

4. Menghantar Maklumat
Apabila kita telah sign in dan membuka group kita bleh menghantar maklumat kepada group kita. Attach File, menghantar gambar, database dan lain-lain lagi.

Selamat Mencuba

Thursday, September 18, 2008

Contoh Guru Yang Aktif Menggunakan Blog

Salam hormat, kali ini saya ingin menunjukkan satu contoh guru yang aktif berblog untuk dikongsi bersama sila klik rosmah.blogspot.com
Terima Kasih

Mat Sabri Ismail
PTP PKG Manir

Monday, September 15, 2008

UJIAN SELIDIK SPM 2008

Ujian Selidik SPM 2008 akan di adakan pada 22 September 2008 bertempat di Bilik Seminar. Seramai 46 orang pelajar tingkatan 5 SA1, 5SA2 dan 5SA3 akan terlibat. Ujian ini akan di adakan mulai 8.30 - 12.00 tengah hari. Kepada Guru-guru yang mengajar di kelas berkenaan harap maklum.

Resolusi Konvensyen Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2008

Konvensyen SBP 2008 telah berlangsung pada 21 hingga 23 Ogos 2008 di Sekolah Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya.

1. Menyediakan dan melaksanakan Pelan Pendidikan Sekolah Berasrama Penuh 2008 - 2015 seraca terancang dan sistematik agar memberi impak kepada kumpulan sasar bagi melahirkan 'Pemimpin Bertaraf Dunia'

2. Semua Bahagian di Kementerian Pelajaran secara terancang hendaklah bersedia membantu memenuhi keperluan SBP bagi melonjakkan kecemerlangannya.

3. Kewujudan SBP dimantapkan dan dipertahankan demi kegemilangan dan kesinambungan pendidikan anak bangsa.

4. Menyediakan dana khas untuk memacu pembangunan fizikal SBP secara holistik.

5. Infrastruktur SBP hendaklah mengikut spesifikasi yang bertaraf antarabangsa.

6. Setiap SBP mesti mempunyai sekurang-kurangnya seorang Guru Cemerlang bagi setiap mata pelajaran.

7. Latihan dan penempatan guru disesuaikan dengan keperluan Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kluster.

8. Semua guru yang hendak ditempatkan di SBP perlu menjalani sesi temuduga oleh Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kluster.

9. Guru yang akan ditempatkan di SBP hendaklah dilatih di Institut Pengajian Tinggi tertentu mengikut keperluan yang digariskan oleh Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kluster.

10. Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dan Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) Pengetua, Guru Penolong Kanan, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum, Ketua Warden dan Warden yang tinggal di kuarters kerajaan di bayar sepenuhnya.

11. Norma perjawatan guru di SBP hendaklah ditambah daripada 1.7 kepada 2.0 selaras dengan hasrat melonjakkan SBP.

12. Kursus Spesifik oleh Institut Aminuddin Baki (IAB) untuk pengurusan dan pentadbiran SBP supaya dapat mengamalkan kepimpinan strategik ke arah melestarikan penambahbaikan sekolah dan organisasi SBP.

13. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia mempercepatkan urusan kenaikan pangkat guru-guru dan kakitangan SBP melalui pengurusan data dan personel yang efisien dan telus.

14. Gred perjawatan pengetua SBP hendaklah sekurang-kurangnya pada gred hakiki DG54 dan semua Penolong Kanan, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Kokurikulum SBP sekurang-kurangnya pada gred hakiki DG48.

15. Menyediakan Warden Sepenuh Masa bagi pengurusan asrama yang lebih berkesan.

16. Meningkatkan kadar bantuan makanan pelajar kepada RM25.00 sehari bagi memastikan penghasilan 'Pemimpin Minda Kelas Pertama'.

17. Melahirkan thinking athlete di kalangan SBP.

18. Menyediakan prasarana kokurikulum yang lengkap di setiap SBP mengikut kebitaraan (niche area) masing-masing.

19. Menambah geran per kapita kokurikulum kepada RM 20.00 bagi pelajar-pelajar SBP.

20. Membekalkan jurulatih yang bertauliah dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kejurulatihan di kalangan semua guru SBP.

Sunday, September 14, 2008

Selamat Berblog Buat Warga BRAINS

Salam hormat, dan salam Ramadhan, terlebih dahulu saya ingin merakamkan rasa syukur dan terima kasih kerana diberi ruang dan kesempatan untuk menulis pada ruangan ini. Saya juga mengucapkan syabas dan tahniah di atas inisiatif yang diambil oleh pihak pentadbiran Brains terutama GPK 1 Cikgu Noor Razi dalam membina blog ini. Sebagai satu perkongsian pintar , blog yang telah terbina ini mampu memberikan pelbagai fungsi kepada warga brains amnya dan seluruh manusia sejagat yang membaca blog ini. Berdasarkan pengalaman dan pembacaan saya di sini saya senaraikan beberapa fungsi blog yang berkaitan khusus dengan pendidikan.
1. Sebagai penyampai maklumat.
Jika seorang guru mengajar di dalam sebuah kelas maka pelajar yang didalam kelas itu sahaja yang dapat maklumat dari apa yang disampaikan. Lebih tepat lagi pelajar yang memberi perhatian sahaja. Sementara pelajar yang "tidur mindanya" "tidur telinganya" "serta pejam matanya " belum tentu dapat menerima maklumat yang disampaikan. jika guru memasukkan mesej yang di ajar di dalam blog maka pelajar yang tidur dan jaga mindanya dapat merujuk kembali apa yang disampaikan. Disamping itu apa yang dimasukkan ke dalam blog juga boleh di rujuk oleh pelajar-pelajar dari sekolah lain.Cikgu yang berblog mampu memberikan ilmunya melewati kepompong kelas malahan ditatapi di seluruh dunia !!!!
2. Sebagai alat komunikasi.
Kecanggihan teknologi yang dibekalkan di sekolah serta peluang untuk memiliki di rumah sendiri memudahkan murid dann guru, murid dan murid, guru dan guru, guru dan ibubapa membuka satu ruang komunikasi yang dijangka mampu memberikan hasil yang lebih bermakna. Apabila seseorang guru menghadhiri kursus atau mesyuarat, maka bahan kursus ataupun minit mesyuarat juga boleh disampaikan serta merta dengan memasukkan ke dalam blog. Dengan kekangan masa yang ada kita tidak mampu untuk mengadakan taklimat atau "in house training " setiap kali pulang dari kursus jadi menggunakan blog adalah satu alternatif yang baik.
3. Sebagai sumber motivasi.
Sesuatu peristiwa yang berlaku jarang sekali diambil cakna oleh keseluruhan warga sesebuah warga organisasi seperti sesebuah sekolah kecuali ia bersifat benar benar mega atau memberikan "activate experiences". Peristiwa seperti kejayaan seorang atau pasukan pelajar, pencapaian dalam kurikulum atau ko kurukulum individu boleh menjadi sumber inpirasi kepada murid-murid lain. Guru-guru juga boleh memasukkan kata-kata hikmah, dorongan dan sebagainya untuk membina keyakinan diri pelajar.
4. Sebagai rekod.
Kerapkali aktiviti yang berlaku di sekolah atau mana-mana organisasi berakhir begitu sahaja tanpa apa-apa rekod. Ini merupakan sesuatu yang sangat merugikan kerana setiap peristiwa akan memberikan kita teladan dan pengalaman. Apabila kita mengabadikan sesuatu peristiwa di dalam blog kita dapat merujuk kembali beserta dengan tarikh yang kita catatkan serta tarikh kita memasukkan ke dalam blog.
5. Sebagai Gedung Ilmu.
Dengan menggunakan blog kita boleh menghubungkan (mengadakan pautan ) dengan tapak-tapak web yang boleh menjadikan sumber pembelajaran serta rujukan kepada guru-guru dan murid-murid sendiri. dengan menggunakan kreativiti sendiri kita juga boleh mengolah semula daripada hasil yang kita perolehi.

Banyak lagi kebaikan-kebaikan menggunakan blog untuk bidang pendidikan. Semoga blog Brains yang telah terbina ini akan menambahsuburkan lagi budaya ilmu dan kecemerlangan brains dan menjadi peneraju kepada sekolah-sekolah lain.

MAT SABRI ISMAIL
Pegawai Teknologi Pendidikan. PKG Manir Kuala Terengganu.

Saturday, September 13, 2008

BraInS Ke Arah Sekolah Bestari Menjelang 2010

Semua sekolah di Malaysia akan menjadi Sekolah Bestari pada tahun 2010. Sebagai langkah menuju kepada Sekolah Bestari tentu banyak perubahan perlu dilakukan dari segi teknik pengajaran dan pembelajaran. Untuk tujuan ini pihak Kementerian Pelajaran dan pihak sekolah sendiri telah memulakan kerja-kerja ke arah pembestarian sekolah.

Kursus Lanjutan Membina Blog







Kursus lanjutan membina blog telah di adakan pada hari ini bertempat di makmal komputer. Banyak input tambahan telah diberikan. Kursus kali ini dikendalikan oleh En. Ahmad Sabri dari PKG Manir. Antara yang hadir kali ini ialah Tn. Pengetua BraInS iaitu Hj. Awang Mohamad Zaid bin Mat Zain. Peserta kursus telah diajar cara memasukkan 'counter', jam, dan kalender. Peserta juga telah ditunjukkan cara membina 'yahoo group'.

PROGRAM MOTIVASI




13 September 2008: Seramai 14 orang orang mahasiswa dari universiti Jordan dan Mesir telah mengadakan sesi motivasi untuk para pelajar tingkatan 3. Sesi bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir lebih kurang jam 2.00 petang. Mahasiswa yang hadir ini bertindak sebagai fasilitator sesi motivasi tersebut. Sebahagian yang hadir ini merupakan bekas pelajar BraInS dan selebihnya adalah bekas pelajar Sek. Menengah Agama Sheikh Abdul Malek. Antaranya ialah Mohd Ihsan bin Hamdan, Nurul Fasihah bt. Abdullah, Siti Baizura bt. Zakaria, Nur Syazwani bt. Mamat, Salihah bt. Muda, Fatin Hasifah bt. Ab. Rahim, Siti Noor Redzuani bt. Shafii, Nurul Suhada bt. Shafie, Faten Farhana Salleh dan Muhammad Hafiz bin Yahya. Pihak BraInS mengucapkan ribuan terima kasih kepada para fasilitator yang terlibat.

Tuesday, September 02, 2008

Ambang Merdeka

Sambutan Ambang Merdeka peringkat sekolah telah berlangsung pada malam 30 Ogos 2008 bertempat di dewan Al-Falah. Majlis bermula selepas solat isyak. Para pelajar dan guru-guru yang hadir memenuhi dewan telah dipersembahkan dengan beberapa acara sementara menunggu detik 12.00 malam. Countdown telah di ketuai oleh En. Roslee Shaari. Sorakan Merdeka!, Merdeka!, Merdeka! bergema dan diikuti dengan nyanyian lagu Negara Ku, Kerana Mu Malaysia dan lagu tema Merdeka 2008.

Monday, September 01, 2008

SELAMAT BERPUASA

Assalamualaikum, para pembaca dan rakan-rakan guru sekelian. Saya mengucapkan Selamat Berpuasa. Semoga Allah Subhanahuwataala mengizinkan kita melakukan ibadat di bulan Ramadhan ini melebihi apa yang telah kita lakukan sebelum ini. Begitu juga kita berharap segala kerja yang kita lakukan dikira sebagai ibadat kepada Allah.