Saturday, October 11, 2008

Majlis Restu Untuk Pelajar PMR

Majlis Restu Ilmu diadakan untuk memberi pesanan terakhir daripada guru-guru dan pengurusan sekolah sebelum para pelajar menempuh peperiksaan sebenar. Pada 8 Oktober 2008, majlis ini telah di adakan untuk para pelajar yang akan menduduki PMR mulai 13 hingga 17 Oktober ini. Selain daripada pesanan dan nasihat para pelajar juga di bekalkan dengan buah kismis, 'pencil case' yang mengandungi alat tulis dan air minuman yang telah disertakan dengan doa semasa solat hajat bersama ibu bapa.





Bubur Lambuk







Bubur lambuk merupakan salah satu masakan tradiosional yang mempunyai nilai pemakanan yang seimbang. Dalam resepi bubur lambuk biasanya di masukkan ikan, sayuran dari pucuk paku, bayam, cekur manis dan beberapa jenis pucuk yang mudah diperolehi di kawasan setempat. selain daripada itu dimasukkan rempah seperti lada hitam, bawang dan perasa. Bubur lambuk menjadi makanan kegemaran apabila bulan puasa. Sesetengah masjid beruhasa memasak bubur lambuk secara gotong-royong untuk diagihkan kepada penduduk kampung. Di sekolah BraInS satu gotong royong memasak bubur lambuk telah di adakan pada 8 Oktober 2008. Tujuan mengadakan majlis ini adalah untuk mengeratkan perhubungan antara guru dan staf sokongan sekolah. Penyediaan bubur lambuk ini telah diusahakan oleh kelab guru dan kaitangan yang di pengerusikan oleh En. Che Malek Mamat. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.


Tuesday, October 07, 2008

MAJLIS GRADUASI BRAINS 2008







Merang Suria Beach Resort
BraInS akan mengadakan Majlis Graduasi untuk pelajar tingkatan 5 2008 pada hari Sabtu 11 Oktober 2008. Majlis kali ini akan di adakan di Merang Suria Resort. Tetamu kehormat yang akan menyampaikan sijil untuk para pelajar ialah Y.B. Ahmad Razif bin Abdul Rahman, EXCO Pelajaran Negeri Terengganu. Antara objektif mengadakan majlis ini ialah a) untuk memberi pengiktirafan dan sijil-sijil kepada pemimpin pelajar tingkatan lima yang telah memberi khidmat kepada sekolah dan asrama. b) menyuntik semangat motivasi pelajar tingkatan lima supaya lehih berusaha untuk kecemerlangan SPM dan bersama merealisasikan "Bersama menjulang kegemilangan BraInS". c) sebagai majlis rasmi jamuan dan perpisahan antara guru-guru BraInS dengan pelajar-pelajar "Legend" yang akan meninggalkan zaman persekolahan.

Aturcara Majlis:8.00 pg. Pendaftaran pelajar, guru, ibu bapa dan jemputan
9.00 pg. Perarakan masuk ke dewan, perarakan para guru, VIP dan Pengurusan BraInS.
- Nyanyian Negaraku & Selamat Sultan
-Ucapan Pengetua
-Ucapan Perasmian
-Tayangan Multimedia
-Penyampaian Anugerah
a) Anugerah Platinum
b) Anugerah Emas
c) Anugerah Perak
d) Anugerah Gangsa
e) Sijil Graduasi
f) Penyampaian Cenderamata
g) Doa Penutup Majlis
12.00 tgh. Sesi Bergambar
12.30 tgh. Jamuan Tengahari.