Tuesday, November 03, 2009

Majlis Graduasi Tingkatan 5 2009





























Majlis Graduasi telah menjadi acara rasmi sekolah sejak sekolah beroperasi mulai tahun 2003. Majlis ini dikira majlis yang paling berprestij bagi para pelajar tingkatan 5 yang akan menamatkan pelajaran menengah. Pada tahun ini Majlis Graduasi telah diadakan di Hotel Primula, Kuala Terengganu. Majlis Graduasi bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.

Suasana berjalan dengan begitu meriah. Y.B Haji Khazan bin Che Mat telah hadir sebagai VIP yang menyempurnakan penyampaian anugerah dan sijil kepada para pelajar. Hadirin lain terdiri daripada guru-guru, ibu bapa, wakil jabatan dan wakil dari sekolah-sekolah berdekatan.

Tuesday, July 14, 2009

Hari Kokurikulum dan Perkhemahan Perdana 2009

Hari Kokurikulum dan Perekhemahan Perdana merupakan acara tahunan sekolah. Pada tahun ini Hari Kokurikulum dan Perkhemahan Perdana telah di adakan pada 19 hingga 21 Jun 2009. Pelbagai acara dilangsungkan. Antaranya ialah pameran, pertandingan memasak, pertandingan gubahan, Pertandingan kawad kaki, Pertandingan membuat wau naik dan wau cantik, gerai jualan serta acara berkhemah di padang sekolah.

Monday, July 13, 2009

Hari Anugerah Cemerlang 2009 dan Mesyuarat Agong PIBG





















Berikut dipaparkan gambar-gambar sekitar Majlis Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Agung PIBG 2009

Apa Khabar Para Pengunjung

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pengunjung-pengunjung blog perkongsian BraInS, saya mohon maaf sekiranya pengunjung-pengunjung yang melayarai blog ini mendapati bahan-bahan yang ada sudah agak lama tidak dikemaskini. Buat kebelakangan ini saya agak sibuk sedikit. Walaubagaimanapun saya akan terus memasukkan maklumat-maklumat tentang sekolah. Saya harap para pengunjung tidak jemu hadir ke sini walaupun bahan-bahan yang akan saya masukkan nanti sudah terkebelakang. Harapan saya agar para pengujung terutama bekas pelajar akan dapat mengetahui peristiwa-peritiwa yang berlaku di sekolah.

Sejak bulan April 2009 beberapa acara besar sekolah telah berlangsung. Antaranya ialah Majlis Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan pada 28 Mac 2009, Majlis Permuafakatan Ilmu untuk Pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 pada 16 April 2009, Perkhemahan Perdana dan Hari Kokurikulum 2009 pada 19 - 21 Jun dan yang terbaru ialah Hari Permuafakatan Ilmu kali kedua dan Hari terbuka asrama.

Tuesday, April 14, 2009

Kursus Ketua Rumah (KESUMA) Peringkat Kebangsaan

Pada tahun ini BraInS telah ditugaskan mengelola Kursus Sistem Rumah. Kursus Sistem Rumah (KESUMA) peringkat Kebangsaan telah berlangsung di BraInS pada 13 hingga 16 Februari 2009. Para peserta yang hadir teridiri daripada Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah dari 54 buah Sekolah Berasrama Penuh. Setiap sekolah telah menghantar 8 orang peserta dengan diiringi oleh guru-guru yang menguruskan Sistem Rumah di sekolah masing-masing.




KONSEP DAN PRINSIP SISTEM RUMAH




Sistem Rumah merupakan pelaksanaan penempatan murid dibawah satu bumbung (Rumah) dengan pendekatan vertikal berbanding dengan pendekatan horizontal di bilik darjah. Alternatif ini merupakan pendekatan ke arah memupuk semangat kesepaduan dan keharmonian dalam kalangan murid yang berasal dari latar belakang sosio-ekonomi, persekitaran dan budaya yang berbeza. Justeru Sistem Rumah akan meningkatkan jalinan kerjasama dan pembangunan darjah emosi (EQ) untuk menghasilkan murid-murid yang mempunyai jati diri, berketerampilan dan mempunyai daya kepemimpinan yang tinggi, sebagai sumber tenaga cemerlang dan bijaksana kepada pembangunan masa depan negara. Sistem Rumah ini juga berperanan sebagai perekayasa sosial (social reengineering) bagi melahirkan amalan budaya positif dalam kalangan murid untuk mencapai kecemerlangan modal insan seterusnya memupuk dan mengembangkan semangat kekitaan.




Berikut ialah gambar-gambar bagi aktiviti yang dijalankan semasa kursus tersebut.




Pengetua(Hj. Awang Mohamad Zaid bin Mat Zin, Cik Zakiah Shafie (Pegawai HEM-sektor SBP) dan Pn. Norliza berbincang sesuatu semasa sesi pendaftaran.











Peserta dari BraInS sebaik saja selesai pendaftaran.

MAJLIS PERMUAFAKATAN ILMU

Wakil Pelaja Tingkatan 3 sedang menandatangi banner straight A.

Ibu bapa, pelajar dan guru mata pelajaran sedang berbincang tentang kemajuan pencapaian TOV



Seorang ibu sedang memakaikan lencana straight A kepada anaknya.



Guru Projek SPM bersedia mengagihkan lencana straight A kepada para pelajar.



Guru Kanan Mata Pelajaran sedang memakaikan lencana straight A kepada seorang pelajar tingkatan 3






Bacaan ikrar akujanji straight A oleh para pelajar tingkatan 5.








Bacaan ikrar akujanji straight A oleh para pelajar tinkatan 3.









Ketua Pelajar BRaInS sedang menandatangani banner straight A.






Sekolah Berasrama Penuh Batu Rakit (BraInS) akan mengadakan Majlis Permuafakatan Ilmu pada hari Khamis, 16 April 2009. Majlis akan bermula mulai jam 9.00 pagi. Majlis ini dimulakan dengan ucapan dan penerangan tuan Pengetua BraInS. Majlis akan diteruskan dengan ucapan oleh AJK PIBG. Seterusnya akan diikuti dengan perbincangan antara ibubapa,guru mata pelajaran dan pelajar. Semasa perbincangan ini keputusan peperiksaan pengesanan dan peperiksaan UP1 pelajar tingkatan 3 dan 5 akan diserahkan. Kepada ibubapa pelajar tingkatan 3 dan 5 dijemput hadir ke Majlis ini. Kehadiran tuan/puan InsyaAllah akan dapat menyuntik semangat kepada anak tuan/puan.
Pihak sekolah dan PIBG mengucapkan berbanyak terimakasih di atas sumbangan ibubapa semasa majlis permuafakatan ilmu tempoh hari. Jumlah pungutan yang telah didermakan oleh ibu bapa lebih kurang RM500.









Tuesday, March 03, 2009

PELANCARAN NILAM 2009


Program NILAM peringkat sekolah dipergiatkan lagi pada tahun ini. Untuk memastikan program berjalan dengan baik pihak sekolah telah mengkhususkan masa 40 minit setiap minggu dalam jadual waktu sekolah. Pihak sekolah sekali lagi memohon kerjasama ibubapa agar dapat membeli sebuah buku bacaan untuk anak-anak. Buku-buku ini akan dibaca oleh pelajar semasa program nilam mingguan. Para pelajar juga digalakkan meneruskan bacaan pada masa-masa terluang mereka. Sekiranya amalan membaca ini dilakukan terus menerus oleh pelajar, dijangkan pelajar akan menghabiskan sekurang-kurangnya sebuah buku sebulan. Menjelang akhir tahun diharapkan para pelajar akan dapat menghabiskan antara 10 hingga 20 buah buku.