Wednesday, July 07, 2010

Program Smart Learning

Pihak PIBG Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit sentiasa memberi sokongan kepada hal-hal akademik pelajar dan juga hal pembangunan fizikal sekolah. Untuk memastikan peningkatan prestasi akademik sekolah, PIBG akan menganjurkan satu program 'Smart Learning' yang akan diadakan pada 10 Julai 2010 mulai 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Program akan melibatkan para pelajar tingkatan 3 dan lima serta guru-guru yang akan dikendalikan oleh Bestari Mind Consultant.