Thursday, October 13, 2011

ANUGERAH ASRAMA TERBILANG AAT

Pada 16 Mei 2011, Asrama SBPI Batu Rakit (BraInS) telah mendapat pengiktirafan Anugerah Asrama Terbilang AAT. Pertandingan Kebersihan, Keceriaan, Keselamatan asrama dikalangan sekolah berasrama penuh telah dijalankan beberapa tahun lepas. Syukur Alhamdullillah dengan berkat usaha pelajar dan guru-guru serta kakitangan asrama; asrama sekolah kita telah dianugerahkan tempat ke tiga AAT. Pada masa itu asrama sungguh cantik, kemas dan bersih. Saya bagi pihak pengurusan sekolah menyeru kepada semua pelajar dan kakitangan asrama agar terus meningkatkan keselesaan, kebersihan dan keceriaan asrama. Apa yang perlu kita lakukan untuk terus mempertahankan status asrama terbilang atau berusaha terus untuk meningkatkan tahap kecemerlangan asrama? Disini cikgu ingin menyarankan beberapa idea supaya kita sama-sama bekerja ke arah meningkatkan kecemerlangan asrama:
i. setiap antara kita perlu sanggup menyumbangkan tenaga untuk menjaga kebersihan asrama sama ada di dalam kamar atau disekitarnya.
ii. memastikan alatan dan perabot dalam kamar tersusun dan tidak berdebu.
iii. sanggup berfikir dan memberi idea yang kreatif dalam menghias kamar.
iv. sanggup sama-sama menyumbangkan/mencari punca kewangan untuk membeli alatan dan kemudahan di asrama
v. menggunakan peralatan yang disediakan dengan cermat agar peralatan itu boleh diguna dalam jangka waktu yang lebih lama dan ianya sentiasa boleh digunakan dalam masa-masa diperlukan.
vi. menjaga hubungan persahabatan antara warga asrama. Apa yang saya maksudkan ialah kerjasama, hormat menghormati dan suka mengamalkan sikap tolong menolong antara satu sama lain.
vii. semua pelajar mesti mematuhi peraturan sekolah dan asrama.

Inilah perkara yang dapat cikgu nyatakan pada kali ini. Cikgu harap para pelajar dapat memberi pendapat dan pandangan yang ikhlas untuk memastikan kehidupan kita di asrama sentiasa harmoni. sila komen diruang ulasan jika berpeluang masuk ke blog ini.

Tahniah BraInS Diiktiraf Sekolah Kluster

Alhamdullillah, bersyukur kita kepada Allah dengan kemurahan dan kelimpahanNya, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit (BraInS) telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster dan Kecemerlangan Fasa ke 5. Majlis Pengiktirafan telah diadakan di Hotel Crown Princess Petaling Jaya pada 27 September 2011. Pihak pengurusan sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, terutama guru-guru yang tidak pernah jemu berusaha untuk memastikan BraInS mendapat kejayaan sehingga keperingkat ini. Begitu juga kepada para pelajar, staf sokongan serta semua pekerja swasta yang sentiasa bekerjasama memastikan kebersihan dan keceriaan sekolah. Pihak Pengurusan sekolah juga berterima kasih kerana pada tahun ini kita juga mendapat anugerah 'New Deal'. Seterusnya warga sekolah terus memohon doa kepada Ilahi untuk mendapat pengiktiran sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi yang keputusannya akan diketahui kelak.