Thursday, January 31, 2013

PELANCARAN PROGRAM 3B 2012

Program 3B bermaksud B-Beli Buku, B- Baca Buku dan B-Beri Buku (Derma Buku).  Program 3B mengajak semua pelajar BraInS membeli paling kurang sebuah buku setiap orang.  Buku-buku  yang dibeli hendaklah dibaca oleh pelajar.  Setelah selesai pembacaan, buku-buku tersebut boleh ditukar dengan pelajar lain.  Pada hujung tahun pelajar sekurang-kurangnya dapat membaca sepuluh buah buku.  Akhirnya buku-buku yang dibeli oleh pelajar ini diberi kepada perpustakaan sekolah (derma kepada perpustakaan).

 Backdrop semasa pelancaran program 3B
 Suasana Pelajar dalam dewan semasa pelancaran
 Puan Hajah Hamidah bt. Hussin berucap meresmikan pelancaran program 3B 2012
 Barisan Pengurusan Sekolah yang hadir di hari pelancaran.  Gambar-gambar dibawah menunjukkan guru-guru sedang menerima buku-buku yang akan digunakan dalam program 3B mengikut kelas-masing-masing.
 Puan Fazlinda bt. Mohd Fadhil menerima buku-buku yang dibeli oleh pelajar sebelum bagi kelasnya.
 En. Noor Hisham menerima buku dari pelajar kelasnya.
 Puan Norhayati bt. Zakaria sedang menerima buku dari murid kelasnya.
 En. Wan Mahmud Khairi bin Wan Omar
 Puan Rahimah bt. Abdul Rahman
 Cik Esah bt. Ali
 Cik Esah bt. Ali
 En. Jamaluddin bin Abdul Rahman
 Pn. Norhaslina bt. Abdul Ghani
 En. Mohd Roslee bin Sha'ari
 Tn. Hj. Che Malek Menyerahkan buku-buku yang dibeli oleh Guru-guru kepada Pn. Hamidah bt. Hussin.

Friday, January 18, 2013

BraInS Diiktiraf SBT

Tanggal 27 Disember 2012 merupakan tarikh keramat bagi BraInS kerana pada hari tersebut BraInS telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi(SBT).  Majlis Pengiktirafan telah berlangsung di Auditorium Parcel E, Kementerian Pelajran Malaysia.  Semasa majlis tersebut sebanyak 25 buah sekolah SBT kohot 3 tahun 2012 telah diiktirafkan.  Antara sekolah-sekolah yang telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi  sehingga tahun 2012 telah melebihi dari 60 buah sekolah.  Pihak BraInS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia di atas pengiktirafan tersebut dan tidak ketinggalan kepada warga BraInS yang tidak jemu berusaha untuk mencapai ke tahap SBT.