Thursday, October 13, 2011
Tahniah BraInS Diiktiraf Sekolah Kluster
Alhamdullillah, bersyukur kita kepada Allah dengan kemurahan dan kelimpahanNya, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit (BraInS) telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster dan Kecemerlangan Fasa ke 5. Majlis Pengiktirafan telah diadakan di Hotel Crown Princess Petaling Jaya pada 27 September 2011. Pihak pengurusan sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, terutama guru-guru yang tidak pernah jemu berusaha untuk memastikan BraInS mendapat kejayaan sehingga keperingkat ini. Begitu juga kepada para pelajar, staf sokongan serta semua pekerja swasta yang sentiasa bekerjasama memastikan kebersihan dan keceriaan sekolah. Pihak Pengurusan sekolah juga berterima kasih kerana pada tahun ini kita juga mendapat anugerah 'New Deal'. Seterusnya warga sekolah terus memohon doa kepada Ilahi untuk mendapat pengiktiran sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi yang keputusannya akan diketahui kelak.
Monday, August 01, 2011
NADWAH KEPIMPINAN ISLAM PERINGKAT ANTARA BANGSA 2011
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit telah ditugaskan sebagai tuan rumah Nadwah Kepemimpinan peringkat antarabangsa. Nadwah kali ini telah berlangsung pada 25 - 28 Julai 2011. Setiap sekolah SBP telah menghantar 6 orang perserta berserta 2 orang guru pengiring. Pihak pengelola dengan dipersetujui oleh Sektor Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan telah menjemput peserta dari luar negara. Negara Thailand telah menghantar 10 orang pelajar dan 2 orang guru dan Brunei Darul Salam menghantar 6 orang pelajar beserta 2 orang guru. Jumlah semua peserta dan AJK pengelola yang terlibat hampir 750 orang. Nadwah kali ini mengutarakan aktiviti yang menarik dan dapat memberi banyak ilmu kepada para peserta.
Wednesday, July 07, 2010
Program Smart Learning
Pihak PIBG Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit sentiasa memberi sokongan kepada hal-hal akademik pelajar dan juga hal pembangunan fizikal sekolah. Untuk memastikan peningkatan prestasi akademik sekolah, PIBG akan menganjurkan satu program 'Smart Learning' yang akan diadakan pada 10 Julai 2010 mulai 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Program akan melibatkan para pelajar tingkatan 3 dan lima serta guru-guru yang akan dikendalikan oleh Bestari Mind Consultant.
Friday, March 19, 2010
Hari Kecemerlangan SBP Zon Timur Kali Ke - 37
Hari Kecemerlangan SBP Zon Timur kali ke -37 pada tahun ini telah berlangsung pada 12 - 15 Mac 2010. Peserta-peserta Bahas Bahasa Inggeris, Bahasa Bahasa Melayu dan pasukan bola keranjang 13 buah SBP Zon Timur berkampung di SBPI Temerloh. SBPI Batu Rakit hanya berjaya satu perlawanan bahasa bahasa melayu dan satu perlawanan bahas bahasa inggeris. Kali ini SBPI Batu Rakit tidak mendapat sebarang kemenangan dalam perlawanan bola keranjang. Memandangkan prestasi yang kurang ini sesuatu perlu dilakukan bagi meningkatkan prestasi kecemerlangan. Diharap semua guru dan warga BraIns dapat memberi cadangan yang membina bagi memastikan pasukan sekolah dapat disediakan dengan sebaiknya. Kepada mana-mana ibubapa yang mempunyai kemahiran dimohon tampil untuk memberi sumbangan idea dan kemahiran untuk membina pasukan sekolah.
Thursday, March 18, 2010
Tahniah Pelajar SPM 2009
Keputusan yang ditunggu-tunggu telah tiba...... Tanggal 11 Mac 2010 keputusan Peperiksaan SPM bagi tahun 2009 telah diumumkan. Seramai 18 orang pelajar berjaya mencapai Straight A's. Bilangan Pelajar yang mendapat straight A's menurun sedikit daripada tahun 2008 (23 orang). Walaupun begitu Gred Purata Keseluruhan meningkat berbanding 2008. Pada tahun 2008 GPK 2.00 meningkat ke 1.87 pada tahun 2009. Keputusan ini berjaya meletakkan sekolah di 'ranking' ke-2 di peringkat negeri.
Tahniah kepada para pelajar berikut kerana telah mendapat strainght A's
1. Farah Liyana binti Azmi (10A+, 2A)
2.Ili Nasiha binti Azni Shah (9A+, 1A)
3. Muhammad Firdaus bin Mohd Soberi (9A+, 3A)
4.Nurhaifa Izzaty Akma binti Mohd Noor (9A+. 3A)
5.Wan Mohd Hasanuddin bin Che Yusof (7A+, 4A)
6. Muhammad Zuhairi bin Abu Hassan (6A+, 4A)
7. Nur Amnina binti Nordin (7A+, 4A, ,1A-)
8. Ahmad Rafiq bin Abdullah (8A+, 2A, 1A-)
9. Mohd Firdaus bin Ahmad (8A+, 2A, 1A-)
10. Muhamad Shafiq bin Othman (7A+, 2A, 1A-)
11. Muhammad Hanis bin Abu Hassan (6A+, 3A, 1A-)
12. Muhammad Ifwat bin Ahmad (7A+, 2A, 1A-)
13. Muhammad Hazmi bin Hamzah (7A+, 3A, 2A-)
14. Muhd Amiruddin Hadi bin Abdullah (7A+, 3A, 2A-)
15. Sydi Ahmad Luqman bin Roslan (7A+, 3A, 2A-)
16. Ahmad Zulhazim bin Mohd Hidzir (7A+, 2A, 2A-)
17. Mohd Haris Murshidi bin Mohd Mdzuki (6A+, 3A, 2A-)
18. Abdul Wafir bin Azmi Ali (3A+, 4A, 4A-)
Tahniah kepada para pelajar berikut kerana telah mendapat strainght A's
1. Farah Liyana binti Azmi (10A+, 2A)
2.Ili Nasiha binti Azni Shah (9A+, 1A)
3. Muhammad Firdaus bin Mohd Soberi (9A+, 3A)
4.Nurhaifa Izzaty Akma binti Mohd Noor (9A+. 3A)
5.Wan Mohd Hasanuddin bin Che Yusof (7A+, 4A)
6. Muhammad Zuhairi bin Abu Hassan (6A+, 4A)
7. Nur Amnina binti Nordin (7A+, 4A, ,1A-)
8. Ahmad Rafiq bin Abdullah (8A+, 2A, 1A-)
9. Mohd Firdaus bin Ahmad (8A+, 2A, 1A-)
10. Muhamad Shafiq bin Othman (7A+, 2A, 1A-)
11. Muhammad Hanis bin Abu Hassan (6A+, 3A, 1A-)
12. Muhammad Ifwat bin Ahmad (7A+, 2A, 1A-)
13. Muhammad Hazmi bin Hamzah (7A+, 3A, 2A-)
14. Muhd Amiruddin Hadi bin Abdullah (7A+, 3A, 2A-)
15. Sydi Ahmad Luqman bin Roslan (7A+, 3A, 2A-)
16. Ahmad Zulhazim bin Mohd Hidzir (7A+, 2A, 2A-)
17. Mohd Haris Murshidi bin Mohd Mdzuki (6A+, 3A, 2A-)
18. Abdul Wafir bin Azmi Ali (3A+, 4A, 4A-)
Subscribe to:
Posts (Atom)