Tuesday, May 29, 2012

HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE -39 (25 -29 MEI 2012)
Hari Keceerlangan Sekolah Berasrama Penuh kali ini melibatkan seramai 15 orang ahli kontinjen dari BraInS yang terdiri daripada 1. En. Noor Razi bin Jusoh (Ketua Kontinjen)
2. Pn. Samihah bt. Hashim dan Pn. Raja Masrina bt. Raja Mokhtar (Hakim Bahas Bahasa Melayu).
3. Pn. Norhaslina bt. Abd. Ghani da Pn. Fazlinda bt. Md. Fadhil (Hakim Bahas Bahasa Inggeris)
4. Pn. Fatimah bt. Ismail dan Pn. Norliza bt. Mat Salleh (Guru Pengiring)
5. Nur Najah Syafiqah bt. Hanapi, Muhamad Luqman bin Che Nik, Emiley Shahira bt. Mohd Sofi dan Asrul Sani bin Ramli (pesert Bahas bahasa Melayu
6. Mohd Arief bin Engah, Mohd Kamarul Zafri bin Mohamad Rafi, Ili Jasmin Hani bt. Zainan dan Siti Zulaikha bt. Zulkifli (Peserta Bahas bahasa Inggeris).

Kontinjen BraInS memulakan perjalanan lebih kurang pukul 11 malam pada 24 Mei 2012.  Bas yang kami naiki mula bergerak menuju ke SMS Setiu.  Lebih kurang pukul 12 malam rombongan kami tiba di SMS Setiu dan mengambil peserta dan guru kontingen SMS Setiu.  Selebih lebih kurang 20 minit bas BraInS meneruskan perjalan ke destansi yang dituju iaitu Sekolah Tuanku Abdul Rahman,Ipoh, Perak.  Setelah hampir 10 jam perjalanan, rombongan kami berhenti di Masjid Kampung Air Panas, Grik Perak untuk menunaikan solat fardhu Subuh.  Setelah selesai menunaikan solat subuh rombongan telah meneruskan perjalanan dan kami singgah di Bandar Kuala Kangsar untuk sarapan pagi.  Lebih kurang jam 10 pagi kami meneruskan perjalanan dan tiba di Sekolah Tunku Abdul Rahman lebih kurang 11.30 pagi.

Ketibaan kedua-dua kontinjen telah disambut oleh ajk bertugas.  Urusan Pendaftaran terus dilakukan.  Sebaik sahaja selesai pendaftaran setiap kontinjen diminta menaikkan bendera sekolah dan menyanyi lagu sekolah.

Jadual HKSBP
Hari Pertama  Jumaat,25 Mei 2012:
- 2.30 6.00 petang : Pendaftaran Kontinjen
- 8.00 - 110.00 mlm: Taklimat Umum HKSBP ke-39 dan Taklimat-taklimat khas

 
Hari Kedua, Sabtu, 26 Mei 2012:

- 8.00 - 12tgh.: Pertandingan Bahas BM dan BI Sesi 1
- 2.30 - 6.00ptg: Pertandingan Bahas BM dan BI Sesi 2
- 8.00mlm - 11.00mlm: Majlis Perasia HKSBP Ke-39, 2012

Hari Ketiga, Ahad,27 Mei 2012:

- 7.00pg - 12tgh.: Pertandingana Bahas BM & BI Sesi 3
- 2.30ptg. - 6.00 ptg.: Pertandigan Bahas BM & BI (Suku Akhir)
- 8.00mlm -11.00 mlm.: Majlis Pengetua, Majlis Kontinjen, Majlis Pemandu.

Hari Keempat, Ahad,28 Mei 2012:

- 7.00pg - 12tgh.: Majlis Anugerah Cemerlang Hari Kecemerlangan SBP Kali kali ke-39 di Dewan Bankuet,Bangunan Perak Darul Ridzuan. 
- 2.30ptg. - 6.00 ptg.: Pertandingan Bahas BM & BI (Suku Akhir)
- 8.00mlm -11.00 mlm.:  Santapan Malam di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Hari Kelima, Isnin,29 Mei 2012:

- 7.30 - 11.30: Pertandingana Bahas BM & BI
- 11.30 - 1.30.: Majlis Perasmian Penutup HKSBP Kali ke-39 di Stadium Indra Mulia.
- Kontinjen-kontinjen bertolak pulang.






Wednesday, March 21, 2012

Program Pertukaran Pelajar Ke Medan

JALINAN ANTARABANGSA SBP KUALA TERENGGANU KE MEDAN

TARIKH : 08 NOVEMBER – 12 NOVEMBER 2011

TEMPAT : MEDAN, INDONESIA

PENGANJUR : HOMESTAY TELUK KETAPANG

OBJEKTIF :

1) Mengenal adat dan budaya masyarakat Medan, Indonesia.

2) Mengkaji sistem pembelajaran dan pengajaran sekolah-sekolah di Medan, Indonesia.

3) Menjalinkan hubungan antarabangsa pelajar-pelajar di Malaysia dengan pelajar-pelajar di Medan,Indonesia.

4) Meningkatkan sifat kepimpinan pelajar-pelajar SBP Kuala Terengganu.

SASARAN : Guru dan Pelajar

AKTIVITI :

Pada 08 haribulan November 2011, lebih kurang pukul 4 petang, kami semua berkumpul di bilik media Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud bagi membuat pemeriksaan terakhir sebelum bertolak ke KL LCCT untuk ke Medan, Indonesia. Pelajar-pelajar Sekolah Berasrama Penuh Kuala Terengganu yang terlibat terdiri daripada 29 orang pelajar. Kami diiring oleh 4 orang guru,seorang wartawan Bernama,dan seorang wakil dari homestay Teluk Ketapang. Program ini merupakan program di bawah Kementerian Pelajaran Negeri Terengganu dan diurus oleh pihak Homestay Teluk Ketapang.

Pada pukul 6 petang,kami bertolak ke KL LCCT. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 9 jam. Setelah tiba di KL LCCT, kami bersiap-siap memakai pakaian sekolah masing-masing agar kelihatan kemas. Kami menaiki pesawat Air Asia airlines kira-kira pukul 7.45 pagi. Perjalanan hanya mengambil masa sejam untuk tiba di sana dan perbezaan waktu antara Malaysia dan Indonesia hanyalah satu jam. Jika di sini 7.45 pagi, maka di Indonesia 8.45 pagi. Setelah sampai di lapangan terbang Polonia,Medan, Indonesia, kami menaiki bas untuk ke Dinas Pendidikan Medan. Di sana, kami dibahagikan kepada keluarga angkat masing-masing. Selepas bertemu keluarga angkat masing-masing, kami pulang ke rumah keluarga angkat kami untuk berehat. Kami dijemput ke Garuda Plaza Hotel bagi makan malam.

Pada keesokan harinya,kami terpaksa bangun pada jam 5.15 pagi untuk bersiap ke sekolah. Pada jam 6.15 pagi, sebuah bas sekolah telah mejemput kami dari satu rumah ke satu rumah dan kami telah dihantar ke sekolah yang dtetapkan.

Bagi pelajar lelaki, mereka telah ditempatkan di Sekolah Menengah Atas negeri 1 Medan. Manakala bagi pelajar perempuan, mereka telah ditetapkan di Sekolah Menengah Kejuruan negeri 8 medan.

Di sekolah, pelbagai pengalaman yang telah kami perolehi. Di SMA negeri 1 Medan, kami belajar seperti belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan di Malaysia. Manakala, di SMK negeri 8 Medan, kami belajar dalam jurusan tertentu seperti kami belajar di kolej di Malaysia. Pelajar-pelajar di Medan sungguh ramah dan disenangi. Kami memperolehi ramai rakan di sekolah.

Setelah pulang dari sekolah masing-masing, kami dibawa melawat ke tempat-tempat menarik yang terdapat di medan seperti Taman Buaya, Masjid Raya, istana Maimoon, Brastagi, Danau Toba dan pasaraya yang terdapat di Medan.Aktiviti seperti ini berlangsung selama dua hari. Kami berasa sangat seronok apabila melawat tempat-tempat tersebut. Contohnya, apabila di Taman Buaya kami sungguh teruja apabila dapat melihat buaya-buaya yang sangat besar. Selain itu, kami juga begitu kagum dengan kesenian dan kebudayaan reka bentuk Masjid Raya dan Istana Maimoon. Kami juga dapat melihat pemandangan yang sangat menyejukkan mata di Brastagi dan Danau Toba.

Setelah tiga hari kami berada di kota Medan, kami pulang pada hari keempat dengan berat hatinya. Kami sangat sedih untuk meninggalkan keluarga angkat masing-masing yang sangat baik dan rapat dengan kami. Kami bertukar-tukar nombor telefon dan alamat sesama keluarga angkat masing-masing. Kami dihantar ke lapangan terbang antarabangsa Polonia oleh keluarga angkat masing-masing.

Pelbagai reaksi dan buah tangan yang dapat dilihat antara kami. Ada yang gembira kerana dapat pulang ke tanah air dan ada yang sedih meninggalkan keluarga angkat masing-masing. Terdapat beberapa orang membawa buah tangan yang diberi keluarga angkat mereka seperti kek bika ambon,kain batik dan macam-macam lagi.

Kami menaiki pesawat Air Asia airlines tepat jam 12 tengah hari dan tiba di KL LCCT pada jam 1 petang. Kami menaiki bas Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit untuk pulang ke Kuala Terengganu dan kami tiba ke destinasi pada jam 2 pagi.

Di sana, kami mendapat pengalaman baru, rakan-rakan baru dan dunia baru. Namun, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Kami cukup sedih semasa berpisah untuk pulang ke Malaysia. Kami juga berasa sangat gembira dan bersyukur kerana terpilih untuk mengikuti program ini. Ia merupakan kenangan yang tidak mungkin kami lupakan. Apa yang penting, pengalaman kami selama 4 hari dapat merapatkan lagi silaturahin antara Negara Malaysia dan Indonesia.


Peralatan Baru di makmal komputer
Sesi kaunseling kelompok sedang dijalankan oleh seorang guru kaunseling
Perbincangan dengan Penolong Kanan Pentadbiran di Pejabat Pengetua(Kepala Sekolah)
Perbincangan dengan guru yang menyambut kedatangan rombongan kami di kawasan foyer sekolah
Pandangan dijalan raya di bandar medan
Bangunan Jabatan Pelajaran Negeri Medan
Ahli Rombongan bergambar bersama dengan pegawai pendidikan Medan di dalam Dewan Dinas Medan.
Majlis Penyerahan Pelajar kepada keluarga angkat
Bersedia di dalam dewan Dinas Medan sebelum majlis penyerahan pelajar
Baru saja mendarat di lapangan terbang Polonia, Medan.
Rombongan sedang menaiki pesawat Air Asia di LCCT kuala Lumpur.
Peserta bersedia sebelum 'check in' di LCCT.
Para pelajar sedang menuju ke kaunter untuk 'check in'

SYUKUR ALHAMDULLILLAH........SPM 2011

Tanggal 21 Mac 2012 merupakan satu lagi detik bersejarah bagi BraInS. Keputusan SPM bagi pelajar SPM 2011 telah diumumkan. Keputusan kali ini menunjukkan terdapat peningkatan gred purata dari 2.04 pada tahun 2010 ke 1.71 bagi tahun 2011. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua guru dan pelajar yang telah berusaha bersungguh-sungguh sepanjang tahun lepas. Terdapat seramai 18 orang pelajar yang telah mendapat semua A dalam mata pelajaran yang diambil. Keputusan SPM tahun 2011 meletakkan sekolah di tempat kedua selepas Sek. Men. Sains Sultan Mahmud yang mendapat kedudukan teratas di peringkat Negeri Terengganu.

Thursday, October 13, 2011

ANUGERAH ASRAMA TERBILANG AAT

Pada 16 Mei 2011, Asrama SBPI Batu Rakit (BraInS) telah mendapat pengiktirafan Anugerah Asrama Terbilang AAT. Pertandingan Kebersihan, Keceriaan, Keselamatan asrama dikalangan sekolah berasrama penuh telah dijalankan beberapa tahun lepas. Syukur Alhamdullillah dengan berkat usaha pelajar dan guru-guru serta kakitangan asrama; asrama sekolah kita telah dianugerahkan tempat ke tiga AAT. Pada masa itu asrama sungguh cantik, kemas dan bersih. Saya bagi pihak pengurusan sekolah menyeru kepada semua pelajar dan kakitangan asrama agar terus meningkatkan keselesaan, kebersihan dan keceriaan asrama. Apa yang perlu kita lakukan untuk terus mempertahankan status asrama terbilang atau berusaha terus untuk meningkatkan tahap kecemerlangan asrama? Disini cikgu ingin menyarankan beberapa idea supaya kita sama-sama bekerja ke arah meningkatkan kecemerlangan asrama:
i. setiap antara kita perlu sanggup menyumbangkan tenaga untuk menjaga kebersihan asrama sama ada di dalam kamar atau disekitarnya.
ii. memastikan alatan dan perabot dalam kamar tersusun dan tidak berdebu.
iii. sanggup berfikir dan memberi idea yang kreatif dalam menghias kamar.
iv. sanggup sama-sama menyumbangkan/mencari punca kewangan untuk membeli alatan dan kemudahan di asrama
v. menggunakan peralatan yang disediakan dengan cermat agar peralatan itu boleh diguna dalam jangka waktu yang lebih lama dan ianya sentiasa boleh digunakan dalam masa-masa diperlukan.
vi. menjaga hubungan persahabatan antara warga asrama. Apa yang saya maksudkan ialah kerjasama, hormat menghormati dan suka mengamalkan sikap tolong menolong antara satu sama lain.
vii. semua pelajar mesti mematuhi peraturan sekolah dan asrama.

Inilah perkara yang dapat cikgu nyatakan pada kali ini. Cikgu harap para pelajar dapat memberi pendapat dan pandangan yang ikhlas untuk memastikan kehidupan kita di asrama sentiasa harmoni. sila komen diruang ulasan jika berpeluang masuk ke blog ini.

Tahniah BraInS Diiktiraf Sekolah Kluster

Alhamdullillah, bersyukur kita kepada Allah dengan kemurahan dan kelimpahanNya, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit (BraInS) telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster dan Kecemerlangan Fasa ke 5. Majlis Pengiktirafan telah diadakan di Hotel Crown Princess Petaling Jaya pada 27 September 2011. Pihak pengurusan sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, terutama guru-guru yang tidak pernah jemu berusaha untuk memastikan BraInS mendapat kejayaan sehingga keperingkat ini. Begitu juga kepada para pelajar, staf sokongan serta semua pekerja swasta yang sentiasa bekerjasama memastikan kebersihan dan keceriaan sekolah. Pihak Pengurusan sekolah juga berterima kasih kerana pada tahun ini kita juga mendapat anugerah 'New Deal'. Seterusnya warga sekolah terus memohon doa kepada Ilahi untuk mendapat pengiktiran sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi yang keputusannya akan diketahui kelak.