Sunday, September 14, 2008

Selamat Berblog Buat Warga BRAINS

Salam hormat, dan salam Ramadhan, terlebih dahulu saya ingin merakamkan rasa syukur dan terima kasih kerana diberi ruang dan kesempatan untuk menulis pada ruangan ini. Saya juga mengucapkan syabas dan tahniah di atas inisiatif yang diambil oleh pihak pentadbiran Brains terutama GPK 1 Cikgu Noor Razi dalam membina blog ini. Sebagai satu perkongsian pintar , blog yang telah terbina ini mampu memberikan pelbagai fungsi kepada warga brains amnya dan seluruh manusia sejagat yang membaca blog ini. Berdasarkan pengalaman dan pembacaan saya di sini saya senaraikan beberapa fungsi blog yang berkaitan khusus dengan pendidikan.
1. Sebagai penyampai maklumat.
Jika seorang guru mengajar di dalam sebuah kelas maka pelajar yang didalam kelas itu sahaja yang dapat maklumat dari apa yang disampaikan. Lebih tepat lagi pelajar yang memberi perhatian sahaja. Sementara pelajar yang "tidur mindanya" "tidur telinganya" "serta pejam matanya " belum tentu dapat menerima maklumat yang disampaikan. jika guru memasukkan mesej yang di ajar di dalam blog maka pelajar yang tidur dan jaga mindanya dapat merujuk kembali apa yang disampaikan. Disamping itu apa yang dimasukkan ke dalam blog juga boleh di rujuk oleh pelajar-pelajar dari sekolah lain.Cikgu yang berblog mampu memberikan ilmunya melewati kepompong kelas malahan ditatapi di seluruh dunia !!!!
2. Sebagai alat komunikasi.
Kecanggihan teknologi yang dibekalkan di sekolah serta peluang untuk memiliki di rumah sendiri memudahkan murid dann guru, murid dan murid, guru dan guru, guru dan ibubapa membuka satu ruang komunikasi yang dijangka mampu memberikan hasil yang lebih bermakna. Apabila seseorang guru menghadhiri kursus atau mesyuarat, maka bahan kursus ataupun minit mesyuarat juga boleh disampaikan serta merta dengan memasukkan ke dalam blog. Dengan kekangan masa yang ada kita tidak mampu untuk mengadakan taklimat atau "in house training " setiap kali pulang dari kursus jadi menggunakan blog adalah satu alternatif yang baik.
3. Sebagai sumber motivasi.
Sesuatu peristiwa yang berlaku jarang sekali diambil cakna oleh keseluruhan warga sesebuah warga organisasi seperti sesebuah sekolah kecuali ia bersifat benar benar mega atau memberikan "activate experiences". Peristiwa seperti kejayaan seorang atau pasukan pelajar, pencapaian dalam kurikulum atau ko kurukulum individu boleh menjadi sumber inpirasi kepada murid-murid lain. Guru-guru juga boleh memasukkan kata-kata hikmah, dorongan dan sebagainya untuk membina keyakinan diri pelajar.
4. Sebagai rekod.
Kerapkali aktiviti yang berlaku di sekolah atau mana-mana organisasi berakhir begitu sahaja tanpa apa-apa rekod. Ini merupakan sesuatu yang sangat merugikan kerana setiap peristiwa akan memberikan kita teladan dan pengalaman. Apabila kita mengabadikan sesuatu peristiwa di dalam blog kita dapat merujuk kembali beserta dengan tarikh yang kita catatkan serta tarikh kita memasukkan ke dalam blog.
5. Sebagai Gedung Ilmu.
Dengan menggunakan blog kita boleh menghubungkan (mengadakan pautan ) dengan tapak-tapak web yang boleh menjadikan sumber pembelajaran serta rujukan kepada guru-guru dan murid-murid sendiri. dengan menggunakan kreativiti sendiri kita juga boleh mengolah semula daripada hasil yang kita perolehi.

Banyak lagi kebaikan-kebaikan menggunakan blog untuk bidang pendidikan. Semoga blog Brains yang telah terbina ini akan menambahsuburkan lagi budaya ilmu dan kecemerlangan brains dan menjadi peneraju kepada sekolah-sekolah lain.

MAT SABRI ISMAIL
Pegawai Teknologi Pendidikan. PKG Manir Kuala Terengganu.

No comments: