Friday, March 19, 2010

Hari Kecemerlangan SBP Zon Timur Kali Ke - 37


Hari Kecemerlangan SBP Zon Timur kali ke -37 pada tahun ini telah berlangsung pada 12 - 15 Mac 2010. Peserta-peserta Bahas Bahasa Inggeris, Bahasa Bahasa Melayu dan pasukan bola keranjang 13 buah SBP Zon Timur berkampung di SBPI Temerloh. SBPI Batu Rakit hanya berjaya satu perlawanan bahasa bahasa melayu dan satu perlawanan bahas bahasa inggeris. Kali ini SBPI Batu Rakit tidak mendapat sebarang kemenangan dalam perlawanan bola keranjang. Memandangkan prestasi yang kurang ini sesuatu perlu dilakukan bagi meningkatkan prestasi kecemerlangan. Diharap semua guru dan warga BraIns dapat memberi cadangan yang membina bagi memastikan pasukan sekolah dapat disediakan dengan sebaiknya. Kepada mana-mana ibubapa yang mempunyai kemahiran dimohon tampil untuk memberi sumbangan idea dan kemahiran untuk membina pasukan sekolah.

Thursday, March 18, 2010

Tahniah Pelajar SPM 2009

Keputusan yang ditunggu-tunggu telah tiba...... Tanggal 11 Mac 2010 keputusan Peperiksaan SPM bagi tahun 2009 telah diumumkan. Seramai 18 orang pelajar berjaya mencapai Straight A's. Bilangan Pelajar yang mendapat straight A's menurun sedikit daripada tahun 2008 (23 orang). Walaupun begitu Gred Purata Keseluruhan meningkat berbanding 2008. Pada tahun 2008 GPK 2.00 meningkat ke 1.87 pada tahun 2009. Keputusan ini berjaya meletakkan sekolah di 'ranking' ke-2 di peringkat negeri.

Tahniah kepada para pelajar berikut kerana telah mendapat strainght A's
1. Farah Liyana binti Azmi (10A+, 2A)
2.Ili Nasiha binti Azni Shah (9A+, 1A)
3. Muhammad Firdaus bin Mohd Soberi (9A+, 3A)
4.Nurhaifa Izzaty Akma binti Mohd Noor (9A+. 3A)
5.Wan Mohd Hasanuddin bin Che Yusof (7A+, 4A)
6. Muhammad Zuhairi bin Abu Hassan (6A+, 4A)
7. Nur Amnina binti Nordin (7A+, 4A, ,1A-)
8. Ahmad Rafiq bin Abdullah (8A+, 2A, 1A-)
9. Mohd Firdaus bin Ahmad (8A+, 2A, 1A-)
10. Muhamad Shafiq bin Othman (7A+, 2A, 1A-)
11. Muhammad Hanis bin Abu Hassan (6A+, 3A, 1A-)
12. Muhammad Ifwat bin Ahmad (7A+, 2A, 1A-)
13. Muhammad Hazmi bin Hamzah (7A+, 3A, 2A-)
14. Muhd Amiruddin Hadi bin Abdullah (7A+, 3A, 2A-)
15. Sydi Ahmad Luqman bin Roslan (7A+, 3A, 2A-)
16. Ahmad Zulhazim bin Mohd Hidzir (7A+, 2A, 2A-)
17. Mohd Haris Murshidi bin Mohd Mdzuki (6A+, 3A, 2A-)
18. Abdul Wafir bin Azmi Ali (3A+, 4A, 4A-)