Thursday, October 13, 2011

Tahniah BraInS Diiktiraf Sekolah Kluster

Alhamdullillah, bersyukur kita kepada Allah dengan kemurahan dan kelimpahanNya, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit (BraInS) telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster dan Kecemerlangan Fasa ke 5. Majlis Pengiktirafan telah diadakan di Hotel Crown Princess Petaling Jaya pada 27 September 2011. Pihak pengurusan sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, terutama guru-guru yang tidak pernah jemu berusaha untuk memastikan BraInS mendapat kejayaan sehingga keperingkat ini. Begitu juga kepada para pelajar, staf sokongan serta semua pekerja swasta yang sentiasa bekerjasama memastikan kebersihan dan keceriaan sekolah. Pihak Pengurusan sekolah juga berterima kasih kerana pada tahun ini kita juga mendapat anugerah 'New Deal'. Seterusnya warga sekolah terus memohon doa kepada Ilahi untuk mendapat pengiktiran sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi yang keputusannya akan diketahui kelak.

No comments: