Wednesday, March 21, 2012

Program Pertukaran Pelajar Ke Medan

JALINAN ANTARABANGSA SBP KUALA TERENGGANU KE MEDAN

TARIKH : 08 NOVEMBER – 12 NOVEMBER 2011

TEMPAT : MEDAN, INDONESIA

PENGANJUR : HOMESTAY TELUK KETAPANG

OBJEKTIF :

1) Mengenal adat dan budaya masyarakat Medan, Indonesia.

2) Mengkaji sistem pembelajaran dan pengajaran sekolah-sekolah di Medan, Indonesia.

3) Menjalinkan hubungan antarabangsa pelajar-pelajar di Malaysia dengan pelajar-pelajar di Medan,Indonesia.

4) Meningkatkan sifat kepimpinan pelajar-pelajar SBP Kuala Terengganu.

SASARAN : Guru dan Pelajar

AKTIVITI :

Pada 08 haribulan November 2011, lebih kurang pukul 4 petang, kami semua berkumpul di bilik media Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud bagi membuat pemeriksaan terakhir sebelum bertolak ke KL LCCT untuk ke Medan, Indonesia. Pelajar-pelajar Sekolah Berasrama Penuh Kuala Terengganu yang terlibat terdiri daripada 29 orang pelajar. Kami diiring oleh 4 orang guru,seorang wartawan Bernama,dan seorang wakil dari homestay Teluk Ketapang. Program ini merupakan program di bawah Kementerian Pelajaran Negeri Terengganu dan diurus oleh pihak Homestay Teluk Ketapang.

Pada pukul 6 petang,kami bertolak ke KL LCCT. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 9 jam. Setelah tiba di KL LCCT, kami bersiap-siap memakai pakaian sekolah masing-masing agar kelihatan kemas. Kami menaiki pesawat Air Asia airlines kira-kira pukul 7.45 pagi. Perjalanan hanya mengambil masa sejam untuk tiba di sana dan perbezaan waktu antara Malaysia dan Indonesia hanyalah satu jam. Jika di sini 7.45 pagi, maka di Indonesia 8.45 pagi. Setelah sampai di lapangan terbang Polonia,Medan, Indonesia, kami menaiki bas untuk ke Dinas Pendidikan Medan. Di sana, kami dibahagikan kepada keluarga angkat masing-masing. Selepas bertemu keluarga angkat masing-masing, kami pulang ke rumah keluarga angkat kami untuk berehat. Kami dijemput ke Garuda Plaza Hotel bagi makan malam.

Pada keesokan harinya,kami terpaksa bangun pada jam 5.15 pagi untuk bersiap ke sekolah. Pada jam 6.15 pagi, sebuah bas sekolah telah mejemput kami dari satu rumah ke satu rumah dan kami telah dihantar ke sekolah yang dtetapkan.

Bagi pelajar lelaki, mereka telah ditempatkan di Sekolah Menengah Atas negeri 1 Medan. Manakala bagi pelajar perempuan, mereka telah ditetapkan di Sekolah Menengah Kejuruan negeri 8 medan.

Di sekolah, pelbagai pengalaman yang telah kami perolehi. Di SMA negeri 1 Medan, kami belajar seperti belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan di Malaysia. Manakala, di SMK negeri 8 Medan, kami belajar dalam jurusan tertentu seperti kami belajar di kolej di Malaysia. Pelajar-pelajar di Medan sungguh ramah dan disenangi. Kami memperolehi ramai rakan di sekolah.

Setelah pulang dari sekolah masing-masing, kami dibawa melawat ke tempat-tempat menarik yang terdapat di medan seperti Taman Buaya, Masjid Raya, istana Maimoon, Brastagi, Danau Toba dan pasaraya yang terdapat di Medan.Aktiviti seperti ini berlangsung selama dua hari. Kami berasa sangat seronok apabila melawat tempat-tempat tersebut. Contohnya, apabila di Taman Buaya kami sungguh teruja apabila dapat melihat buaya-buaya yang sangat besar. Selain itu, kami juga begitu kagum dengan kesenian dan kebudayaan reka bentuk Masjid Raya dan Istana Maimoon. Kami juga dapat melihat pemandangan yang sangat menyejukkan mata di Brastagi dan Danau Toba.

Setelah tiga hari kami berada di kota Medan, kami pulang pada hari keempat dengan berat hatinya. Kami sangat sedih untuk meninggalkan keluarga angkat masing-masing yang sangat baik dan rapat dengan kami. Kami bertukar-tukar nombor telefon dan alamat sesama keluarga angkat masing-masing. Kami dihantar ke lapangan terbang antarabangsa Polonia oleh keluarga angkat masing-masing.

Pelbagai reaksi dan buah tangan yang dapat dilihat antara kami. Ada yang gembira kerana dapat pulang ke tanah air dan ada yang sedih meninggalkan keluarga angkat masing-masing. Terdapat beberapa orang membawa buah tangan yang diberi keluarga angkat mereka seperti kek bika ambon,kain batik dan macam-macam lagi.

Kami menaiki pesawat Air Asia airlines tepat jam 12 tengah hari dan tiba di KL LCCT pada jam 1 petang. Kami menaiki bas Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit untuk pulang ke Kuala Terengganu dan kami tiba ke destinasi pada jam 2 pagi.

Di sana, kami mendapat pengalaman baru, rakan-rakan baru dan dunia baru. Namun, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Kami cukup sedih semasa berpisah untuk pulang ke Malaysia. Kami juga berasa sangat gembira dan bersyukur kerana terpilih untuk mengikuti program ini. Ia merupakan kenangan yang tidak mungkin kami lupakan. Apa yang penting, pengalaman kami selama 4 hari dapat merapatkan lagi silaturahin antara Negara Malaysia dan Indonesia.


Peralatan Baru di makmal komputer
Sesi kaunseling kelompok sedang dijalankan oleh seorang guru kaunseling
Perbincangan dengan Penolong Kanan Pentadbiran di Pejabat Pengetua(Kepala Sekolah)
Perbincangan dengan guru yang menyambut kedatangan rombongan kami di kawasan foyer sekolah
Pandangan dijalan raya di bandar medan
Bangunan Jabatan Pelajaran Negeri Medan
Ahli Rombongan bergambar bersama dengan pegawai pendidikan Medan di dalam Dewan Dinas Medan.
Majlis Penyerahan Pelajar kepada keluarga angkat
Bersedia di dalam dewan Dinas Medan sebelum majlis penyerahan pelajar
Baru saja mendarat di lapangan terbang Polonia, Medan.
Rombongan sedang menaiki pesawat Air Asia di LCCT kuala Lumpur.
Peserta bersedia sebelum 'check in' di LCCT.
Para pelajar sedang menuju ke kaunter untuk 'check in'

No comments: