Friday, January 18, 2013

BraInS Diiktiraf SBT

Tanggal 27 Disember 2012 merupakan tarikh keramat bagi BraInS kerana pada hari tersebut BraInS telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi(SBT).  Majlis Pengiktirafan telah berlangsung di Auditorium Parcel E, Kementerian Pelajran Malaysia.  Semasa majlis tersebut sebanyak 25 buah sekolah SBT kohot 3 tahun 2012 telah diiktirafkan.  Antara sekolah-sekolah yang telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi  sehingga tahun 2012 telah melebihi dari 60 buah sekolah.  Pihak BraInS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia di atas pengiktirafan tersebut dan tidak ketinggalan kepada warga BraInS yang tidak jemu berusaha untuk mencapai ke tahap SBT.

No comments: