Tuesday, October 07, 2008

MAJLIS GRADUASI BRAINS 2008







Merang Suria Beach Resort
BraInS akan mengadakan Majlis Graduasi untuk pelajar tingkatan 5 2008 pada hari Sabtu 11 Oktober 2008. Majlis kali ini akan di adakan di Merang Suria Resort. Tetamu kehormat yang akan menyampaikan sijil untuk para pelajar ialah Y.B. Ahmad Razif bin Abdul Rahman, EXCO Pelajaran Negeri Terengganu. Antara objektif mengadakan majlis ini ialah a) untuk memberi pengiktirafan dan sijil-sijil kepada pemimpin pelajar tingkatan lima yang telah memberi khidmat kepada sekolah dan asrama. b) menyuntik semangat motivasi pelajar tingkatan lima supaya lehih berusaha untuk kecemerlangan SPM dan bersama merealisasikan "Bersama menjulang kegemilangan BraInS". c) sebagai majlis rasmi jamuan dan perpisahan antara guru-guru BraInS dengan pelajar-pelajar "Legend" yang akan meninggalkan zaman persekolahan.

Aturcara Majlis:8.00 pg. Pendaftaran pelajar, guru, ibu bapa dan jemputan
9.00 pg. Perarakan masuk ke dewan, perarakan para guru, VIP dan Pengurusan BraInS.
- Nyanyian Negaraku & Selamat Sultan
-Ucapan Pengetua
-Ucapan Perasmian
-Tayangan Multimedia
-Penyampaian Anugerah
a) Anugerah Platinum
b) Anugerah Emas
c) Anugerah Perak
d) Anugerah Gangsa
e) Sijil Graduasi
f) Penyampaian Cenderamata
g) Doa Penutup Majlis
12.00 tgh. Sesi Bergambar
12.30 tgh. Jamuan Tengahari.

3 comments:

khazaidi kamaruddin said...

salam sejahtera buat semua warga SBPIBR.

1. tahniah buat semua pelajar tingkatan yang bakal bergelar seorang graduan sekolah yang telah membesarkan anda. inilah titik permulaan untuk anda meninggalkan BRAINS dan percayalah, kenangan selama 5 tahun atau 2 tahun di situ, amat sukar untuk kita pisahkan dr benak fikiran.

jesteru, saya menyeru kepada junior2 saya agar menjadikan saat2 akhir ini sebagai episod "happy ending" buat anda..

2. di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapakan SELAMAT BERJAYA kepada semua adik2 tingkatan 3 untuk menghadapi PMR 2008. be the great batch IN the history!!!

p/s - teringat jamuan raya mentor-mantee,teringat juga majlis graduasi di sutra beach dan kompleks budaya!! miss BRAINS very much!!

Panitia Sejarah SBP Integrasi Batu Rakit said...

Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis Graduasi Kali Ke - 5. Ambil yang baik, lupakan yang buruk daripada apa yang telah kita sama-sama lalui sepanjang penganjuran majlis tersebut ,"Buang yang keruh ambil yang jernih". Marilah kita sama-sama muhasabah diri. Sudah tentu ada hikmah di sebalik segala yang berlaku...

cikgu azie said...

Assalamualaikumu dan salam kerinduan buat warga SBPIBR...

Tahniah kerana berjaya mengadakan Majlis Graduasi 2008 dengan jayanya. Buat bekas anak-anak didikku, cikgu doakan kalian berjaya dengan cemerlang dalam SPM nanti. Teruskan usaha demi mencipta kegemilangan seterusnya membawa SBPIBR ke mata dunia.Akhir kata, jaga diri dan akhlak walau di mana saja anda berada. Buat teman-teman, jasa dan kenangan bersama kalian takkan saya lupakan.

Salam Sayang,
Cikgu Azie,
(SBPIBR Sept 2003-Jan 2008)