Tuesday, September 02, 2008

Ambang Merdeka

Sambutan Ambang Merdeka peringkat sekolah telah berlangsung pada malam 30 Ogos 2008 bertempat di dewan Al-Falah. Majlis bermula selepas solat isyak. Para pelajar dan guru-guru yang hadir memenuhi dewan telah dipersembahkan dengan beberapa acara sementara menunggu detik 12.00 malam. Countdown telah di ketuai oleh En. Roslee Shaari. Sorakan Merdeka!, Merdeka!, Merdeka! bergema dan diikuti dengan nyanyian lagu Negara Ku, Kerana Mu Malaysia dan lagu tema Merdeka 2008.

1 comment:

Sabri MPPP 90/92 said...

Tahniah kepada guru-guru BRAINS kerana telah berjaya membina blog Perkongsian BRAINS, pohon jemput sabrimnr@yahoo.com untuk berkongsi ilmu dan memurnikan blog brains, terima kasih. Mat Sabri Ismail PTP PKG MANIR.