Monday, September 15, 2008

Resolusi Konvensyen Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2008

Konvensyen SBP 2008 telah berlangsung pada 21 hingga 23 Ogos 2008 di Sekolah Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya.

1. Menyediakan dan melaksanakan Pelan Pendidikan Sekolah Berasrama Penuh 2008 - 2015 seraca terancang dan sistematik agar memberi impak kepada kumpulan sasar bagi melahirkan 'Pemimpin Bertaraf Dunia'

2. Semua Bahagian di Kementerian Pelajaran secara terancang hendaklah bersedia membantu memenuhi keperluan SBP bagi melonjakkan kecemerlangannya.

3. Kewujudan SBP dimantapkan dan dipertahankan demi kegemilangan dan kesinambungan pendidikan anak bangsa.

4. Menyediakan dana khas untuk memacu pembangunan fizikal SBP secara holistik.

5. Infrastruktur SBP hendaklah mengikut spesifikasi yang bertaraf antarabangsa.

6. Setiap SBP mesti mempunyai sekurang-kurangnya seorang Guru Cemerlang bagi setiap mata pelajaran.

7. Latihan dan penempatan guru disesuaikan dengan keperluan Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kluster.

8. Semua guru yang hendak ditempatkan di SBP perlu menjalani sesi temuduga oleh Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kluster.

9. Guru yang akan ditempatkan di SBP hendaklah dilatih di Institut Pengajian Tinggi tertentu mengikut keperluan yang digariskan oleh Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kluster.

10. Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dan Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) Pengetua, Guru Penolong Kanan, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum, Ketua Warden dan Warden yang tinggal di kuarters kerajaan di bayar sepenuhnya.

11. Norma perjawatan guru di SBP hendaklah ditambah daripada 1.7 kepada 2.0 selaras dengan hasrat melonjakkan SBP.

12. Kursus Spesifik oleh Institut Aminuddin Baki (IAB) untuk pengurusan dan pentadbiran SBP supaya dapat mengamalkan kepimpinan strategik ke arah melestarikan penambahbaikan sekolah dan organisasi SBP.

13. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia mempercepatkan urusan kenaikan pangkat guru-guru dan kakitangan SBP melalui pengurusan data dan personel yang efisien dan telus.

14. Gred perjawatan pengetua SBP hendaklah sekurang-kurangnya pada gred hakiki DG54 dan semua Penolong Kanan, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Kokurikulum SBP sekurang-kurangnya pada gred hakiki DG48.

15. Menyediakan Warden Sepenuh Masa bagi pengurusan asrama yang lebih berkesan.

16. Meningkatkan kadar bantuan makanan pelajar kepada RM25.00 sehari bagi memastikan penghasilan 'Pemimpin Minda Kelas Pertama'.

17. Melahirkan thinking athlete di kalangan SBP.

18. Menyediakan prasarana kokurikulum yang lengkap di setiap SBP mengikut kebitaraan (niche area) masing-masing.

19. Menambah geran per kapita kokurikulum kepada RM 20.00 bagi pelajar-pelajar SBP.

20. Membekalkan jurulatih yang bertauliah dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kejurulatihan di kalangan semua guru SBP.

No comments: